#6 RUANGAN NAMPAK ILMIAH: WUJUDNYA PERBEZAAN & BE SELFISH!

Assalamualaikum,

Hello everyone! Lama tak update blog yang tak berapa nak terurus dan agak sendu ni. Tapi, after quite some time, i have decided to post something which i've planed this quite lama jugalah. Aku ingat nak post awal dua hari tapi, masa tak membenarkan sebabnya aku ada mid-term Waqf dengan Islamic Criminal Law. Ok, hari ni aku nak story pasal BERBEZANYA PEMIKIRAN SESEORANG. Aku rasa benda ni tak jadi masalah pun sebabnya kan kita hidup dalam VARIASI or variation jadi apa nak pelik kalau kita berdepan dengan orang yang ada pandangan yang berbeza kan?

Ke korang suka hidup dalam kelompok yang ada satu pandangan sahaja? Bosan weh. Kalau ada perselisihan faham kecil bila kita point out-kan opinion kita baru seronok nak berdebat. Taklah sendu semacam bila duduk-duduk sambil nak SPILL THE TEA tu kan? Ada life sikit, haha. 

Aku sedar yang aku kena terima satu fakta yang tak semua orang sama 'kapal' dengan kita. Akan ada satu masa kita rasa yang 'Alaa, takkan benda senang gini tak tahu kot?' Aku macam baru tersedar satu fakta pasal orang ada berbeza pandangan dan tahap pengetahuan orang semua berbeza bila aku tengok satu tutorial tudung dekat youtube. Aku rasa senang gila babas kot nak pakai tudung bawal, but why masih ramai lagi yang view tutorial bawal masak kicap tu? K, tak lawak en...

Kita tak boleh pulun semua orang sama rata. Tak adil tau weh bila kita buat macam tu. Kita tak rasa apa yang orang tu fikir. Aku nak relate kan dengan cerita yang aku cakap tadi - pasal tutorial tudung yang maha senang itu. Aku rasa senang sebab aku dah bertudung lama sebab tu aku boleh cakap tu tutorial bawal masak kicap. Aku tak sedar yang masih ada sisters in Islam aku tengah struggle untuk pakai tudung dan tutup bahagian yang Allah dah perintahkan kita untuk tutup. Aku tak sedar yang aku dulu masa aku tengah bertatih (baby step) untuk bertudung pun aku struggle tengok tutorial. Sampai aku give up sebab bila aku pakai nampak bukan macam pakai tudung, tapi nampak macam pakai mafla. hehe...

Start dari situ, aku macam nampak 'cahaya' untuk aku tak jadi stereotype dan jangan ada mentality ingat yang semua orang perlu ada sama knowledge dengan aku untuk benda yang aku rasa aku tahu tu. Aku tak sure-lah ayat aku ni macam mana, berbelit dan aku tak tahu macam mana nak make it short and simple. Aku faham korang faham yang aku nak sampaikan. 

Next, korang TAK boleh sama sekali rasa yang pandangan korang je betul... (note to myself juga ni) Aku tak suka juga bila ada orang cuba untuk ulas lebih-lebih opinion aku sebab aku rasa macam trigger sikit - macam tak matang tapi aku tengah on my way untuk buang benda tu jauh-jauh dalam hidup aku. Aku tak naklah sia-siakan hidup aku dengan simpan benda-benda macam tu. Buang karen je aku bilang kau! So, apa yang aku nak cakap malam ni adalah :-

1. kita tak boleh ingat yang semua orang faham dan boleh setuju dengan pandangan yang kita lontarkan.

2. kita kena respect pandangan orang lain dan mengaku  jelah kalau pandangan korang tu memang ada sesatnya. 

3. kita hidup bermasyarakat ni, tak payahlah gaduh-gaduh pasal perbezaan pandangan ni. 

Dan selebihnya korang bolehlah fikir dan add dalam otak korang. Aku nak cakap sesuatu and benda ni akan keluar sikit kot dari topik yang aku tengah bincangkan sekarang...

Kita jangan segan untuk berubah kearah yang lebih diredai oleh Allah. Once kau rasa macam hidayah Allah tu dah start jentik hati kau, then go on dengan langkah kecil. Kalau korang boleh terus istiqomah sampai kiamat, then teruskan. Tapi untuk yang mula-mula nak berhijrah ni, aku suggest utnuk korang (read: kita) untuk teruskan melangkah dan jangan tengok belakang. Jangan fikir apa orang nak cakap pasal apa yang kau rasa. Kalau kau kena seksa dalam kubur, dia orang bukan boleh tolong korang terlepas dari kena seksa... Jadi, pls jadi orang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI bila bab-bab nak berubah ni. Kau hilang kawan sebab kau berubah, biarlah. Nanti Allah akan hadirkan kau kawan yang jauhhhhhhh lebih baik dari kawan yang buang kau tu. Ok tu je dari aku, sekian. Macam biasalah, kalau ada typo tu butakan jelah mata kalian...

p/s: minta maaf kalau sebab kekadang aku syok sendiri bila tulis hahah... ha lagi satu, sekarang ni musim hujan jadi sila cuci baju pagi-pagi dan jangan lupa untuk angkat baju korang before gerak pergi kelas. Takut nanti korang kecewa tengok baju basah lencun ~ 


much love,
mee kolok & chocolate sundae lover <3

Comments

Popular Posts