#6 RUANGAN DIRI SENDIRI: REZEKI TU CANE EK (?)
Assalamualaikum!!
Di sini saya ingin buat cliche introduction untuk setiap kali curhat dekat online diary ni... Apa khabar semua? Dah lama tak update apa-apa untuk blog yang sudah hampir pupus ni, tapi tak apa saya masih steady nak update blog 'shendu' ini. Malam ni aku nak cerita sikitlah apa yang aku rasa. Dia jadi macam janggal gila nak pengsan bila aku kena menulis, kalau bercakap tu senang benar aku deliver setiap perkataan. Nak menulis ni macam kena ada seni. Kalau tak, aku boleh bilang yang hasil curhat kau akan kelaut dalam.
Aku sedar yang setiap rezeki yang kita dapat ni semua Allah dah tentukan. Kita sebagai hamba ni kena tahu macam man nak bersyukur. Walaupun amount yang kau dapat tu macam tak berbaloi tapi tapi tapi, kita kena sentiasa sedar bahawa rezeki itu milik Allah. Lepastu aku sedar yang concept rezeki ni sangatlahh luas. Bukan hanya tertumpu pada wang ringgit atau kekayaan. Aku rasa macam tak adil untuk kita ukur rezeki seseorang dengan hanya melihat tahap kekayaan, rumah besar, kereta ada sepuluh biji, tanah ada beribu ekar. Aku rasa semua ni macam salah untuk kita jadikan sebagai kayu pengukur.
Rezeki Allah ni luas. Boleh datang dalam banyak aspek. Contoh, kita dapat bangun untuk solat subuh, dapat kemas bilik, dapat buat laundry, ada orang belanja nasi ayam gepuk Mahallah Bilal dan banyak lagi. Ini semua aku boleh kira sebagai rezeki yang Allah bagi secara implied/implicit/indirect. Just name it. Kita kena start sedar benda ni. Sebab dari sini kita akan mula didik diri kita untuk belajar bersyukur untuk setiap 'petty' thing(s) that happened. Kita akan start bersyukur dengan Allah dan kita akan sikit-sikit sedar yang kekayaan wang ringgit ni bukan segalanya. Ok, siapa je yang tak suka duit en (?) Aku pun suka gila duit. Like, duit kot!? Dengan duit, kita boleh beli macam-macam. Boleh shopping buku dekat Iman bookstore, beli tiga helai plaid shirt dekat Uniqlo, makan 2 sushi tempura yang harga Rm 6 dekat SushiKing dan minum Bang-bang milk tea dekat Tealive!
Kita jangan jadi kolot sangat bila sembang pasal rezeki. Tak salah pun nak minta Allah untuk bagi kita kekayaan wang ringgit. Minta jelah setiap kali habis solat :') Benda boleh minta, kenapa tak minta. Kan? hehe...
Jadi, mulai sekarang kita kena sentiasaaaaaaaaaaaaa bersyukur dengan setiap benda yang kita dapat dalam seharian tu. Inshaallah bila kita bersyukur dengan nikmat Allah, semua benda akan berjalan secara lancar. Ok, tu je! Jangan lupa untuk berterima kasih dekat Allah <3333
BYE!!
sincerely:
coke and fries lover !!
Comments
Post a Comment