#5 RUANGAN NAMPAK ILMIAH: Wo/Men Are Trash

Assalamualaikum,

Hari ni aku rasa macam nak cerita or cakap pasal DEFINITION OF MEN/WOMEN ARE TRASH. Kan sekarangkan istilah or terms men are trash macam banyak gila orang guna especially aku selalu nampak penggunaan terms tu dekat Twitter. Jaranglah aku nampak orang cakap pasal lelaki adalah sampah dekat Instagram (follow my ig: @sahirajohari_ - self-promote sikit hahaha)

Bagi akulah kan, dua gender ni nampak macam tash sangat bila buat perangai 'luar alam'. Sebagai contoh aku nak highlight pasal Women are Trash  bilanya dia dah tahu yang partner dia ialah suami/tunang orang. Macam kau tak ada common sense ke untuk berfikir secara rasional? Lepas tu kau boleh lagi nak demand kalau nak khawin boleh tapi tak nak bermadu or tak nak jadi nombor dua. Tidak mengamalkan 'Co-Wife'. Weh pleaselah wake up kalau kau sejenis susah nak bangun dari lena, baik kau suruh housemate kau sepak muka kau kuat-kuat supaya kau boleh bangun dan stop from bermimpi.

Kau dah tahu yang lelaki tu dah ada isteri tapi kenapa kau still pilih dia untuk dijadikan suami? Nisbah lelaki dalam Malaysia ni dah lebih sejuta daripada perempuan. Apa lagi yang kau nak. Dekat sini kau dah boleh aplikasikan ayat orang dulu-dulu tu 'Kumbang bukan seekor'. Jadi tolonglah jangan jadi parasit yang suka amik kesempatan atas orang lain. Kalau kau nak claim yang soal hati tak boleh buat main-main or soal hati ni bukan boleh dipaksa. I might agree with your point but the thing is you still can avoid that kind of feeling from haunting your life kan?

Sebagai contoh, kalau kau dah tahu dari mula lagi yang partner kau tu suami orang, boleh sahaja kau minta putus or kalau mangkuk tu tetap berkeras dengan kau, better kau pelangkung kepala dia biar center sikit otak tu. You should be the one yang letak full stop dekat relationship korang. Salah sorang from you should take an action. Bukan dua-dua sesat dalam perasaan yang korang claim tu suci. Hello, Pleaselah people! Kau kena tahu yang karma or kifarah ni sentiasa ada tau. kalau hari ni kau rembat suami orang or tunang orang, lain hari nanti orang lain akan buat benda yang sama dekat kau. time tu kau akan dengar orang cakap 'SERVE YOU RIGHT!' Kalau nak nangis guling-guling pun tak boleh dah.

Nak bagi lagi kesedaran minda supaya kita as perempuan ni tak jadi TRASH dalam perhubungan ni senang je, kau hadam dan pacaklah ayat ni dekat otak korang. Kalau lelaki boleh pilih untuk tinggalkan isteri dan keluarga yang dia pernah ada sebelum jumpa kau, esok-esok pun dia boleh buat yang sama dekat kau. Time tu jangan kau nak terfikir sambil nangis gigit jari tepi bucu meja makan sudah. Fikir sebelum buat.

Untuk Men Are Trash pula korang mesti dah biasa dengar kan? Kalau siapa yang masih tak tahu macam mana nak guna term ni, boleh leh cikidaot dekat Twitter. Ramai je yang cakap Lelaki ni sampah. Tak semua tapi ada lah segelintir yang mengekalkan perangai sampah mereka. Kalau dekat Facebook, aku rasa jarang kot sebab banyak pengguna Facebook ni orang dah berumur. Banyak gossip rumah tangga, resepi makanan, jual Tupperware, video kereta accident viral dan benda-benda yang orang muda tak berapa nak used to it. Kalau kau nak cari benda yang menghiburkan, tempat meluahkan rasa barai tapi orang lain tak koyak bila baca post kau boleh lah datang untuk sign-in Twitter.

Ok tu je sofar yang aku nak cakap. Laptop aku dah panas ni, so aku rasa better aku ciao dulu sebelum dia mati meniggalkan jejak (WHAT?)

P/S; Sekarang ni musim panas, so minumlah air berbotol-botol dan jangan main dekat luar too often nanti cepat haus. Kang kena stroke haba susah pulek en?
Maybe next post aku nak cerita pasal Feminism (kot? tak sure)



Comments

Popular Posts