#3 Ruangan Nampak Ilmiah: Bacalah Quran

Assalamualaikum,

Ok hari ni aku nak cakap pasal Quran. Semua tahukan yang Allah turunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dan masa untuk diturunkan adalah selama 23 tahun. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Banyak sangat rahmat yang Allah turunkan kepada umat manusia ni cuma diri sendiri ni je tahu ke tidak untuk menghargai rahmat Allah itu.

Kita sendiri kena fikir yang kita hidup ni sekali je dekat dunia ni dan kita bakal dibangkitkan akhirat (reincarnation) dekat akhirat nanti dan dikumpulkan dekat padang mashar nanti. Kita sedar yang hidup dekat dunia ni, kita telah ditugaskan untuk beribadah dan patuh arahan Maha Pencipta. Sebabnya segala amal kebaikan yang kita buat tulah yang bakal menjadi peneman kita semasa kita di akhirat nanti. Time tu, takdak sapa dah yang nak teman kita kehulur-kehilir. Semuanya dilakukan sendiri. Kau pandailah survive weh, tengoklah sama ada kita terkapai-kapai mencari bantuan atau kita tengah 'duk' lek tunggu turn kena hisab sebab kita tahu amal kita dah mencunkupi untuk 'pass'kan kita masuk syurga Allah.

Salah satu cara untuk kita tambah amalan baik kita adalah dengan membaca al-Quran. Kena consistent bila kita membacanya. Selalu ingatkan diri kita untuk istiqomah lah bila membacanya. Ye, aku tahu kadang-kadang tu tahap kemalasan kita dah sampai tahap nak kunyah makanan pun punyalah malas! Aku sure mesti korang selalu dengar yang orang selalu cakap 'Macam mana malas sekalipun, kita kena baca quran tu at least sebaris ayat.'

Kadang-kadang, aku rasa tak adil bila aku asyik lebihkan dunia (baca novel, layan MedSoc) dari akhirat. Padahal aku tahu yang baca novel tu bukan boleh bantu aku masuk syurga. Aku boleh baca berpage-page novel tapi aku rasa malas tahap gaban nak habiskan satu juz untuk satu hari. Dasar hamba tak sedar diri. Ayat sentap yang ayah aku selalu sedekah dekat telinga aku bila dia tegur aku asyik baca novel:-

"baca novel tebal-tebal boleh habis tak sampai seminggu tapi nak baca Quran tu, ayah tengok berapa helai je lepas untuk satu hari

sentap bukan ? terasa bahang-bahang api gituh (haha gurau, tapi aku memang sentap gak lah)

Aku perasan tau bila kita tingal lama sangat Quran sampai berhabuk cover depan Quran tu, once we start to read again, it is hard for us to pronounce the words. Lidah macam keras, so aku percayalah kalau ada orang cakap yang Lidah dia kerass sebab dah lama tak baca Quran. Biarkan Quran bersarang atas rak. Aku rasa give up bila setiap kali salah pronounce ayat tu. Rasa macam nak lempang diri sendiri sebab leka sangat buat benda lagha! 

Kita nak deat akhirat nanti, kita dimasukkan ke dalam syurga tapi ada tak kita tunjuk effort kita untuk masuk syurga? Kalau ada, baguslah. Kalau takdak, dendiamlah takyah gebang sangat sampai sembang pung-pang-pung-pang. Diamkan diri tapi pandailah kau make a move untuk tunjukkan effort itu. Bukannya diam sampai kesudah. Nak berjaya kenalah berusaha. Always and always remember yang Al-Quran ni akan membantu kita dekat akhirat dengan memberi syafaatnya kepada orang yang rajin membacanya. Jangan kita left behind ayat-ayat Allah ni. Kalau kita lupa dan letak Allah sebagai our last choice, kau rasa macam mana hidup kita dekat dunia ni? Mestilah terumbang-ambing sebab kita hidup tanpa ada apa-apa foundation yang kukuh. Dah kalau dekat dunia hidup tak berTuhan, macam mana pula kita dekat akhirat? Senang lenang nak tunggu turn masuk syurga atau kita tengah menagis tepi buju meja sebab tahu bakal check-in 'hotel' mana satu. Syurga berStar-star atau Neraka yang ada tujuh tingkat tu? 

Pilihan semua ada dekat tangan kita. Aku cuma nak cakap, jangan sampai lidah dah keras kalah batang kayu baru nak menyesal sebab dah lambat nak baca Quran. Selagi Allah bagi peluang untuk hidup ni, jangan sia-siakan peluang tu. Baca lah walaupun sebaris ayat. Tak rugi. Sebab setiap ayat tu ada pahalanya sendiri. Kau bayangkanlah kau baca "Bismillah" tu pun kau dapat pahala yang sama banyak dengan huruf "Bismillah" tu. Faham kan apa yang aku cuba sampaikan? 

So, aku harap kali ni apa yang aku share ni adalah juga manfaatnya. 

much love,
your chicken nuggets 

Comments

Popular Posts