#5 Ruangan Diri Sendiri: Pembohongan Terbesar

Assalamualaikum,

Ok nampak tak tajuk tu macam sounds so serious, but nah-ah tak serious langsung hokeh! Menipu, siap je yang tak pernah menipu atau membongak? Mesti pernah walaupun 'once in the blue moon' tak gitu? Aku mengaku yang aku selalu menipu. *tak payahlah fikir secara mendalam kalah dalamnya lautan hindi* Aku bukanlah penipu yang macam korang tengah imagine itu, aku ni boleh di-categorized-kan dalam group 'penipu light-light je' hahaha.

Antara penipuan yang aku tak pernah fail untuk lakukan adalah:

1) menipu nak kemas bilik- selalu plan beriya nak kemas pagi esok tapi malangnya itu semua hanya rancangan yang bapak tak boleh pakai.

2) menipu nak belajar masak- ni aku jarang sikit ah. Maksudnya kalau aku dah tekad nak belajar/masak something esoknya, selalunya akan jadi. Cuma lately ni aku plan nak buat kek batik, tapi selalu tak jadi sebab sikap suka tangguh-tangguh sampai jodoh jatuh dari langit aku nilah, sampai kesudah aku tak buat pun kek batik yang superb senang tu. (faham kan?)

3) menipu tak nak main phone/MedSoc- ni paling susah untuk tidak melanggar 'perjanjian'. Acah je lebih bhai tak nak main phone tapi end up-nya phone aku kena charged sbb batt dah masuk alam barzah (too long for scrolling ig, twitter, ig, twitter sampai mereput tulang jari aku)

4) menipu nak DIET- ni paling barai dan aku tak pernah berjaya untuk tidak menipu. Sedih je hidup setiap kali nak diet je kena tipu diri sendiri, huhu. Kau bayangkan jelah, bila aku tengah dalam proses menguruskan badan, time tulah makanan dekat rumah nampak sangat menggoda dan menyelerakan. Like HELLO ?! Makanan sedap kot, takkan aku nak butakan mata dan sumbat lubang hidung aku daripada bau semua makanan tu kan?! Itu dah macam MENZOLIMI diri sendiri tu.

Ok itu jelah so far penipuan terbesar aku selama aku hidup ni. Maybe ada lagi tapi aku tak berapa nak ingta sangat. Ha, maybe satu lagi penipuan yang aku boleh ingat secara tetiba ni adalah PENIPUAN NAK STUDY. HA, yes! Tulah penipuan kelima terbesar. Hahaha... Okaylah guys, I penat nak type dan I pun dah macam takdak idea nak tulis apa. Entry kali ni macam random entry sahaja. Selalu-selalulah singgah ke SJ Punya Cerita dan silalah menghayati setiap 'penulisan' ala-ala ikhlas ini.

yang terlalu ikhlas:
love, sj 💙


Comments

Popular Posts