#3 Ruangan Diri Sendiri: LESEN

Assalamualaikum,

Okay hari ni aku nak cerita pengalaman aku amik lesen memandu untuk kereta dan motor! Aku start amik undang-undang masa sebelum aku amik SPM, dalam bulan 7 atau 8 macam tulah. Lepas tu aku pun luluslah undang-undang tu, then terus proceed lesen L. Berdebar dia lain macam weh masa tengah test computer tu.

Lepas habis SPM aku terus sambung balik sesi pembelajaran kereta dan motor tu. Aku ingat aku ni pro sangat boleh belajar serentak motor dengan kereta, tapi haprak! Masa aku first class untuk motor, ada seorang hamba Allah ni buat muka fed up gila babas dengan aku. So on that time, aku terus give up!

Aku amik keputusan untuk sambung kereta dulu sampai lulus baru fikir pasal motor! Alhamdulillah aku lulus dengan sekali percubaan. tapi ada satu hari tu, aku bangun lamabt untuk pergi class kereta, then on that day juga aku buat bumper viva intensif berderai! Kesian weh aku time tu, gabra habis lah senang cerita.

Aku ingat tamatlah riwayat aku time tu. Habis aku jadi popular satu hari! Semua orang tahu kes aku. Muka aku memang pucat habislah, tangan gigil semua gigil! Dan aku tak cakap dengan ayah aku sampai aku berjaya dapat lesen. nanti ayah aku banyak soal pula kaalu aku cakap awal-awal. Lepas lulus je, malam tu aku terus cerita pasal bumper viva tu!

Lepas tu, bermula penyeksaan di class motor! Aku kena marah je weh sebab bangang tak reti start motor! Pernah banyak kali, hamba Allah yang ajar aku tu, give up sampai suruh aku berhenti class! Tapi, aku tak amik port sangat pasal dia, aku teruskan juga class tu sampai penamatnya hari ni! Aku kena marah dan macam-macam lagi. Malu wahai rakanku!

Dan Alhamdullilah, akhirnya aku lulus kedua-duanya! Jumaat minggu depan aku  punya lesen P dah siap :) Rasa gigil gila masa nak tunggu nama kena panggil. Ehmmm lepas ni aku boleh lah drift dengan rempit! HHAHAHAHAHAAH taklah, gurau je. Kau gila, lesen baru nak buat hal? Elak kena batal terus je lesen aku!

Jadi goodluck saya ucapkan kepada bakal pengambil lesen memandu! Chaiyokkk. Buat je sampai kau test JPJ. Kalau cikgu tempat korang bebel atau jerit tak puas hati, kau buat dek je. Tapi mestilah ada perubahan dari setiap class! Buat apa yang dia suruh semua, insyaAllah lulus dalam tangan! Chaiyokk sekali lagi, aku ucapkan.

your fried chicken
          mafia            

Comments

  1. Wehh ko amik lesen kete auto ke manual??

    ReplyDelete
    Replies
    1. manual sis Aha, hahaha bapak ah kau ni boleh kira peminat aku ni

      Delete

Post a Comment

Popular Posts