#2 RDS: Getting married while you're still 8teen ?

Assalamualaikum,

Okay kira macam dah lama sangat aku tak log in account ni, tapi tak apa. Jangan rindu aku sangat korang ni pun. Sebanranyakan, aku sendiri tak tahu pun kalau blog aku ni ada orang lawat tak? Lagi satu, ada ke taklah yang baca semua cerita yang aku tulis dekat sini. tapi kalau tak ada pun, tak kisah sebabnya aku menang sengaja nak tulis semua yang aku rasa.

Korang tahu tak ramai batch aku tahun ni dah nak khawin! Ada yang bulan ni akan khawin! aku macam speechless gila sebabnya muda lagi kut. umur kami baru masuk SWEET 8TEEN! Tapi mungkin itu memang jodoh mereka. Aku ter fikir juga umur muda macam kami, tapi kena sandang tanggungjawab yang maha besar!

Aku rasa kalau aku khawin awal, mesti suami aku tertekan gila sebab dapat isteri kaki layan korea, malas buat kerja, nak goreng ayam pun takut. silap-silap setiap malam dan tengah hari aku kasi dia makan lauk telur masak kicap, sardin, sayur goreng, telur goreng campur garam. Benda yang paling simple aku hidangkan dekat dia!

Rasanya setiap hari dia bengang dengan aku yang 24/7 asyik layan internet. Ish memang kesianlah! Hahahaha. Tapi, mungkin kawan aku yang dah nak khawin tinggal lagi beberapa hari lagi ni dah pro bab masak-masak ni! Entah-entah boleh masak Rendang TokWan kau! Serba serbi boleh masak! Dia pun memang cantik, pandai lah bergaya, pakai makeup semua tu!

Kalau nak dibandingkan dengan aku ni, menang jauh beza gila! Aku ni MAFIA. So kalau dah nama pun MAFIA memang tak lah nak pandai makeup, pakai kasut tinggi, lemah lembut semua tu memang bukan line aku. tapi siapa tahu nanti aku boleh berubah jadi perempuan melayu terakhir. perempuan paling sopan! Mesti kawan aku semua tak percaya seorang MAFIA boleh berubah 360 darjah!

Tapi rasanya tak kot! Biar aku teruskan diri aku macam ni! Buat apa nak berubah jadi orang lain untuk mendapatkan perhatian orang kan? Aku dah rasa diri aku ni paling cantik, cun dan comel dari orang lain! Hahaha, jangan nak kecam aku pula! Dia orang mungkin rasa yang mereka dah sedia jalankan tanggungjawab! So chaiyokkkkk!!!!

Jadi di sini, seorang MAFIA cantik ingin mendoakan kebahagian anda yang akana mendirikan rumah tangga 3 tingkat bersama pasangan anda! Goodluck guys! Kalau nak buat kenduri tu, jangan lupa jemput saya yang Ya Allah superb CANTIK ni! CHAIYOKKKKK !!!!! InsyaAllah kekal bahagia sampai Jannah, amiin.


your fried chicken
         mafia           


Comments

  1. Hahaha aq ni pelawat setia blog koπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ btw kawan aq pon ramai dah kawen😭

    ReplyDelete
  2. Bukn setakat kawan je.. Junior aq ponnnπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts